Thursday, 11 February 2016

Sejarah Mbah Kadir

Haji Abdul Kadir Bin Suro atau Embah Lanang (Embah Haji Kadir) dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Jati Salam, Kabupaten Purworejo, Jawa Tengah. Nama bapa beliau ialah Mas Surodan dan ibunya bernama Ibu Marinem. Embah Haji Kadir adalah anak kelima daripada lapan beradik.

Embah Haji Kadir telah mendapat pendidikan di Jawa Tengah pada zaman penjajahan Belanda di Indonesia. Beliau juga mendapat pendidikan agama dan menuntut di pasentren-pasentren di sekitar Jawa Tengah. Kegemaran beliau ialah bermain muzik gamelan dan juga sering menjadi Tok Dalang dalam persembahan wayang kulit.

Pada zaman remajanya, kehidupan yang dilalui begitu sukar dan tidak menentu. Salah satu faktor adalah letusan 3 gunung berapi dalam masa 5 tahun berturut-turut iaitu Gunung Merapi, yang berkedudukan lebih kurang 8 batu daripada kediaman Embah Haji Kadir, dan disusuli dengan meletusnya Gunung Berapi Krakatoa di Sunda. Seterusnya pula ialah letusan Gunung Berapi Slumbu di Padang, Sumatera. Kejadian ini menyebabkan beribu-ribu mangsa kehilangan kediaman dan harta benda, termasuklah punca pendapatan. Semua ini berlaku antara tahun 1890 sehingga 1895.

Pada tahun 1986, Kerajaan Belanda ketika itu telah mengarahkan perpindahan beramai-ramai warga Indonesia masuk ke Tanah Melayu. Negeri Tanah Melayu yang menerima mangsa-mangsa ini ialah Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan juga hilir Negeri Perak. Embah Haji Kadir bersama dengan seorang pak ciknya yang dipanggil Paman Haji Abdul Rahman telah berhijrah ke Kg. Morib sekitar tahun 1898-1901.

Embah Haji Kadir telah mendapat perkerjaan sebagai penjaga Ladang Haiwan di Istana Jugra, Selangor. Beliau seterusnya telah berkahwin dengan Embah Hajah Satiah Bin Haji Mustapa pada tahun 1914 dan telah dikurniakan 8 orang cahaya mata, iaitu yang sulungnya adalah Allahyarhamah Hajah Sariah pada tahun 1916, diikuti dengan Allahyarhamah Hajah Salbiah pada tahun 1918, Allahyarham Abdul Wahid pada tahun 1920 dan kemudiannya diikuti dengan kelahiran anak-anak seterusnya. Ketika itu Embah Haji Kadir berkerja sebagai peladangsehingga tercetusnya Perang Dunia Ke-2 pada tahun 1941-9143. Disamping itu, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan sehingga tahun 1960.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1978 di Pulau Pinang, iaitu pada ketika berumur 113 tahun.

Sehingga awal tahun 2016, didapati seramai lebih 1000 orang keturunan Embah Haji Kadir dan Hajah Satiah yang dapat dijejaki dan dikenalpasti.


Al-Fatihah untuk kedua-dua Allayarham dan Allahyarhamah.

No comments:

Post a Comment