Alhamdulillah, dengan izin, kesempatan dan kelapangan yang Allah s.w.t berikan, pada tanggal 6hb Febuari 2016 yang lalu dapat kita adakan perjumpaan pertama Keluarga Mbah Kadir dan Mbah Satiah, di Kem El-Azzhar, Morib, Selangor.
Objektif utama majlsi perhimpunan ini diadakan adalah unutk merapatkan kembali tali sillaturrahim di antara sanak saudara serta membina jambatan muhibbah dan kesepakatan di kalangan ahli-ahli keluarga. Di samping itu, hari keluarga ini dilihat sebagai satu platform penting untuk alhi-ahli keluarga berkenal-kenalan dan bermesra kembali selain dapat mengetahui susur galur dan salasilah keluarga.
Daripada pendaftaran kedatanagan mengikut keluarga 8 orang induk, iaitu 8 orang anak-anak kepada Mbah Kadir dan Mbah Satiah ini, dapat dikumpulkan kehadiran seramai lebih kurang 443 orang iaitu diprincikan kepada :
- Keluarga Sariah : 112 orang
- Keluarga Salbiah : 114 orang
- Keluarga Painah : 100 orang
- Keluarga Saliah : 18 orang
- Keluarga Saayah : 42 orang
- Keluarga Affandi : 36 orang
- Keluarga Ali : 16 orang
- Keluarga Amat : 5 orang
Alhamdulillah, majlsi dapat dijayakan dengan jayanya.
Berikut dipaparkan gambar-gambar sekitar majlis perjumpaan.
![]() |
No comments:
Post a Comment