Blog dedikasi untuk Allahyarham Mbah Haji Abdul Kadir dan Allayarhamah Hajah Satiah untuk tatapan keturunan kedua Allahyarham dan Allahyarhamah.
Thursday, 18 February 2016
Monday, 15 February 2016
Hari Keluarga Pertama Mbah Kadir dan Mbah Satiah
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, dengan izin, kesempatan dan kelapangan yang Allah s.w.t berikan, pada tanggal 6hb Febuari 2016 yang lalu dapat kita adakan perjumpaan pertama Keluarga Mbah Kadir dan Mbah Satiah, di Kem El-Azzhar, Morib, Selangor.
Objektif utama majlsi perhimpunan ini diadakan adalah unutk merapatkan kembali tali sillaturrahim di antara sanak saudara serta membina jambatan muhibbah dan kesepakatan di kalangan ahli-ahli keluarga. Di samping itu, hari keluarga ini dilihat sebagai satu platform penting untuk alhi-ahli keluarga berkenal-kenalan dan bermesra kembali selain dapat mengetahui susur galur dan salasilah keluarga.
Daripada pendaftaran kedatanagan mengikut keluarga 8 orang induk, iaitu 8 orang anak-anak kepada Mbah Kadir dan Mbah Satiah ini, dapat dikumpulkan kehadiran seramai lebih kurang 443 orang iaitu diprincikan kepada :

- Keluarga Sariah : 112 orang
- Keluarga Salbiah : 114 orang
- Keluarga Painah : 100 orang
- Keluarga Saliah : 18 orang
- Keluarga Saayah : 42 orang
- Keluarga Affandi : 36 orang
- Keluarga Ali : 16 orang
- Keluarga Amat : 5 orang
Alhamdulillah, majlsi dapat dijayakan dengan jayanya.
Berikut dipaparkan gambar-gambar sekitar majlis perjumpaan.
Salasilah Keluarga Mbah Kadir dan Mbah Satiah
Berikut dipaparkan salasilah Keluarga Mbah Kadir dan Mbah Satiah yang dpat dikumpulkan sehingga 10.2.2016.
Klik pada gambar untuk image yang lebih besar.
Sebarang penambahan keluarga bolehlah diupdate ke email mbahkadirsatiah@gmail.com.
Thursday, 11 February 2016
Kabupaten Porworejo, Jawa Tengah, Indonesia.
Kabupaten Purworejo, atau Wilayah Purworejo ini terletak berhampiran dengan Yogyakarta, juga berdekatan dengan Candi Borobudur. Kelihatan beberapa Gunung Berapi berdekatan dengan Kabupaten Purworejo ini.
Didalam Kabupaten Purworejo pula terdapat beberapa Sub-District dan Dusun Jati Salam tempat kelahiran Mbah Kadir ini terletak di dalam Sub-District SEMAWUNG.
Didalam garisan yang ditandakan berwarna merah itu ialah Kabupaten Semawung, atau Desa Semawung.
Dusun Jati Salam tempat kelahiran Mbah Kadir ini terletak tengah-tengah antara 2 batang sungai besar yang merentasi Desa Semawung ini, iaitu Sungai Bogowonto dan Sungai Babrik. Rata-rata penduduk disini ialah petani dan tanama utama ialah padi.
Sungai Bagowonto
Sungai Babrik
Sejarah Mbah Kadir
Haji Abdul Kadir Bin Suro atau Embah Lanang (Embah Haji Kadir) dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Jati Salam, Kabupaten Purworejo, Jawa Tengah. Nama bapa beliau ialah Mas Surodan dan ibunya bernama Ibu Marinem. Embah Haji Kadir adalah anak kelima daripada lapan beradik.
Embah Haji Kadir telah mendapat pendidikan di Jawa Tengah pada zaman penjajahan Belanda di Indonesia. Beliau juga mendapat pendidikan agama dan menuntut di pasentren-pasentren di sekitar Jawa Tengah. Kegemaran beliau ialah bermain muzik gamelan dan juga sering menjadi Tok Dalang dalam persembahan wayang kulit.
Pada zaman remajanya, kehidupan yang dilalui begitu sukar dan tidak menentu. Salah satu faktor adalah letusan 3 gunung berapi dalam masa 5 tahun berturut-turut iaitu Gunung Merapi, yang berkedudukan lebih kurang 8 batu daripada kediaman Embah Haji Kadir, dan disusuli dengan meletusnya Gunung Berapi Krakatoa di Sunda. Seterusnya pula ialah letusan Gunung Berapi Slumbu di Padang, Sumatera. Kejadian ini menyebabkan beribu-ribu mangsa kehilangan kediaman dan harta benda, termasuklah punca pendapatan. Semua ini berlaku antara tahun 1890 sehingga 1895.
Pada tahun 1986, Kerajaan Belanda ketika itu telah mengarahkan perpindahan beramai-ramai warga Indonesia masuk ke Tanah Melayu. Negeri Tanah Melayu yang menerima mangsa-mangsa ini ialah Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan juga hilir Negeri Perak. Embah Haji Kadir bersama dengan seorang pak ciknya yang dipanggil Paman Haji Abdul Rahman telah berhijrah ke Kg. Morib sekitar tahun 1898-1901.
Embah Haji Kadir telah mendapat perkerjaan sebagai penjaga Ladang Haiwan di Istana Jugra, Selangor. Beliau seterusnya telah berkahwin dengan Embah Hajah Satiah Bin Haji Mustapa pada tahun 1914 dan telah dikurniakan 8 orang cahaya mata, iaitu yang sulungnya adalah Allahyarhamah Hajah Sariah pada tahun 1916, diikuti dengan Allahyarhamah Hajah Salbiah pada tahun 1918, Allahyarham Abdul Wahid pada tahun 1920 dan kemudiannya diikuti dengan kelahiran anak-anak seterusnya. Ketika itu Embah Haji Kadir berkerja sebagai peladangsehingga tercetusnya Perang Dunia Ke-2 pada tahun 1941-9143. Disamping itu, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan sehingga tahun 1960.
Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1978 di Pulau Pinang, iaitu pada ketika berumur 113 tahun.
Sehingga awal tahun 2016, didapati seramai lebih 1000 orang keturunan Embah Haji Kadir dan Hajah Satiah yang dapat dijejaki dan dikenalpasti.
Al-Fatihah untuk kedua-dua Allayarham dan Allahyarhamah.

Subscribe to:
Posts (Atom)